Friday, April 1, 2011

JADUAL KURSUS KEPENGADILAN BOLA SEPAK IPG KAMPUS KOTA BHARU 2011


ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Untuk entry kali ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada guru pelatih IPG KKB.

"Banyak pihak merungut bahawa mutu pengadilan bola sepak negara semakin merosot, malahada berpendapat ia antara yang terburuk di rantau ini."

Disebabkan oleh satu penyataan tersebut yang telah dikeluarkan, chegu rasa agak tercabar dan ingin mengubah persepsi orang ramai terhadap mutu pengadilan Malaysia. Oleh itu, dengan inisiatif sendiri chegu telah berjumpa dan bertanya kepada pengadil-pengadil yang berpengalaman seperti chegu telah berhubung dengan

PENGADIL BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

bertanya bagaimana hendak menjadi pengadil yang berkelayakan.

Antara pengadil-pengadil yang banyak menolong dan memberi maklmat kepada chegu antaranya:



Naim Nair

Muhammad Nazmi Bin Nasaruddin

Amir Sharifuddin Wong

Ahmad Khalidi Supian

Abdul Madjan

Inilah barisan pengadil-pengadil yang berwibawa yang banyak menolong chegu.
Hasil daripada maklumat dan petunjuk daripada orang yang berpengalaman saya telah berhubung dengan pengadil kelantan iaitu Cikgu Abdul Ghani Omar untuk menganjurkan kursus pengadilan bagi guru pelatih IPGKKB dan penyertaannya agak menggalakkan dan tarikhnya adalah seperti diatas